Panduan Kucing Baka Maine Coon di Malaysia

MAINE COON MALAYSIA (PANDUAN MUKTAMAD)

Baka kucing Maine Coon ialah makhluk yang besar dan cantik. Ketampanan mereka, personaliti yang lemah-lembut dan sifat suka bermain menyebabkan mereka baka yang disayangi oleh orang Malaysia. Maine Coon adalah haiwan peliharaan yang comel dan mengagumkan, terutamanya dalam keluarga dengan anak-anak.

Tetapi, untuk menjaga mereka dengan betul, kita mesti terlebih dahulu mempelajari segala yang kita boleh tentang mereka. Dalam panduan ini, jom baca semua yang anda perlu tahu tentang baka kucing ini.

MAINE COON DEWASA

Adakah Kucing Anda Rewel Makan?

Nah, kucing saya dahulu juga begitu, tetapi kini mereka menghabiskan makanan mereka sepanjang masa! Tiada lagi cerewet makan, hanya mangkuk kosong dan kucing yang puas hati (dan gembira saya)!

Jika kucing anda tidak mahu makan makanan atau menghabiskan makanan yang anda berikan, cuba kami Hidangan Lengkap Grace Cat, dan anda akan terkejut.

Complete Meal- Chicken

Malaysia’s First Freeze-Dried Main Meal With Krill Oil & Postbiotic

Penampilan

Maine Coon ialah baka kucing domestik yang terbesar, saiznya adalah salah satu cirinya yang ketara. Mereka mempunyai badan yang sangat berotot dengan kaki yang tegap dan dada yang lebar. Mereka juga mempunyai telinga yang besar dan runcing, dagu yang sedikit tajam dan muncung bersegi empat.

Selain daripada bingkai mereka yang besar, Maine Coon mempunyai banyak bulu, yang menjadikan kucing ini kelihatan lebih besar. Bulu mereka selicin sutera, walaupun ia lebih pendek berhampiran bahu. Ciri fizikal lain termasuk mata berbentuk bujur dan ekor yang panjang dan lebat.

Mata Maine Coon biasanya berwarna hijau, emas atau tembaga dan biasanya tidak sepadan dengan bulunya. Selalunya, Maine Coon yang berbulu warna putih akan mempunyai satu mata biru (heterochromia) atau mata berwarna ganjil.

Warna dan Corak Bulu

Maine Coon tersedia dalam pelbagai warna, termasuk putih, kelabu, oren, coklat, krim, emas dan hitam.

Coraknya termasuk warna penuh, tabby berbelang, tempurung kura-kura, berlorek, particolour, dwiwarna dan tiga warna/belacu.

Bolehkah Maine Coon Hidup dalam Cuaca Panas di Malaysia?

Memang benar bahawa Maine Coon asalnya dibina dengan baik untuk bertahan dalam iklim yang lebih sejuk, tetapi mereka boleh hidup dengan baik di negara tropika seperti Malaysia janjinya mereka diberi akses ke kawasan yang dingin dan banyak air.

Cubalah simpan Maine Coon anda di dalam rumah, terutamanya semasa tempoh hari yang paling panas. Anda mungkin perlu memasang kipas atau penghawa dingin, atau menyediakan tikar penyejuk dan banyak tempat berteduh untuk menyenangkan kucing anda apabila ia panas.

Suhu bilik 24 hingga 27 darjah Celsius adalah ideal untuk memastikan Maine Coon dewasa berasa selesa. Peraturan umum ialah jika anda berasa selesa dengan suhu itu, kemungkinan besar Maine Coon anda juga akan berasa selesa.

Berapakah Harga Kucing Maine Coon?

KUCING MAINE COON

Harga Maine Coon berbeza dari RM2,000 hingga RM10,000 di Malaysia.

Faktor yang mempengaruhi harga Maine Coon termasuk umur, status kesihatan, vaksinasi yang tetap, cip mikro, warna bulu, pensijilan baka tulen dan reputasi cattery/breeder.

Status baka tulen boleh mengakibatkan perbezaan yang besar dalam harga Maine Coon. Jika keturunan kucing itu ada nenek moyang yang bukan Maine Coon tulen, harganya boleh turun dengan banyak.

Apabila membela kucing, kosnya tidak berhenti selepas pembelian kucing itu. Anda perlu mengambil kira kos komitmen jangka panjang seperti makanan kucing, pasir kucing, kos penjagaan dan pencegahan, mainan, pokok kucing dan yuran perubatan.

Di Mana Boleh Membeli Kucing Maine Coon di Malaysia?

Penafian: Grace Cat tidak bergabung dengan mana-mana perniagaan yang dinyatakan di bawah dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kesulitan yang berlaku daripada urusan dengan mereka. Anda amat digalakkan untuk melakukan usaha wajar anda sendiri untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang terbaik.

Jika anda bercadang untuk membeli Maine Coon, cattery atau breeder seperti Lagenda Cattery dan Sunny Rich Cattery adalah tempat boleh dipercayai untuk membawa pulang kucing yang berkualiti.

Terdapat juga beberapa tempat lain yang anda boleh semak, termasuk Mudah.my dan Rescue Pets Malaysia.

Semasa mencari kucing Maine Coon di Malaysia, berhati-hati dengan breeder yang mungkin tidak jujur dan cuba menjual Maine Coon campuran sebagai baka tulen.

Berikut ialah beberapa soalan yang anda boleh bertanya kepada cattery/breeder untuk membantu anda mewajarkan harga kucing dan membuat keputusan pembelian:

  1. Adakah anda cattery atau breeder yang berdaftar dengan persatuan seperti CFA, TICA dan FIFe? Seorang breeder yang berdaftar dikehendaki mengikut garis panduan pembiakan persatuan tersebut untuk mendapatkan Maine Coon yang dibiak dengan baik. 
  2. Apakah sejarah keluarga dan keturunan kucing tersebut?
  3. Adakah terdapat sejarah penyakit di kalangan kucing dan anak kucing anda?
  4. Sudahkah kucing melakukan ujian genetik? Sudahkah mereka diperiksa dan diisytiharkan "sihat"?
  5. Apakah jaminan anda untuk kucing itu? Jika kucing didapati menghidap penyakit yang teruk nanti, macam mana akan anda membuat pampasan? 
  6. Adakah anda menyediakan dokumen seperti rekod perubatan, sijil kesihatan, sijil keturunan, kontrak jaminan dan sijil jualan?
  7. Sudah selesaikah vaksinasi pertama, mikrocip dan pemandulan kucing?

Di Mana Boleh Adopt Maine Coon di Malaysia?

Walaupun jarang ditemui, kucing Maine Coon boleh didapati di tempat perlindungan haiwan atau komuniti tempatan online seperti kumpulan adopt kucing di Facebook.

Klik muka surat ini untuk senarai tempat adopt haiwan peliharaan secara online dan offline di Malaysia. Mungkin anda bertuah dan dapat mencari Maine Coon dengan harga yang murah! Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa Maine Coon tersebut ialah baka tulen.

Di Grace Cat, kami sentiasa menyokong 'Adopt Don't Shop' dan percaya anda boleh menemui kucing sempurna anda yang berada dalam penyelamatan – walau apa pun bakanya.

Berat dan Saiz

MAINE COON MALAYSIA

Maine Coon biasanya adalah sekitar 25cm hingga 40cm tinggi, dan ia boleh mencapai kepanjangan sehingga 80cm (tidak termasuk ekor). Purata berat Maine Coon dewasa boleh terdiri daripada 4kg hingga 10kg. Jantan kucing biasanya lebih berat daripada betina dan beratnya antara 6kg dan 10kg.

Walau bagaimanapun, Maine Coon mempunyai kadar pertumbuhan yang perlahan, anda mungkin kena tunggu selepas hari jadinya yang kelima sebelum anda boleh mengetahui berat penuh dewasa.

Maine Coon yang sihat harus mencapai berat badan berikut:

Umur Maine CoonMaine Coon JantanMaine Coon Bertina
Baru lahir90–170 g90–150 g
1 minggu190–290 g160–260 g
1 bulan620–820 g550–740 g
6 bulan3.4–6 kg3.1–4.3 kg
12 bulan5.9–9 kg3.6–5.4 kg
4 hingga 5 tahun6.8–10 kg4.5–7 kg

Jangka Hayat Maine Coon

Purata jangka hayat Maine Coon ialah 12 hingga 15 tahun.

Personaliti Maine Coon

KUCING MAINE COON

Walaupun saiznya besar, Maine Coon ialah "gergasi lemah-lembut" yang penyayang dan mesra. Mereka mempunyai personaliti yang besar dan suka menghabiskan masa dengan manusia. Mereka tidak menginginkan privasi atau ruang peribadi dan sebaliknya mahu menjadi sebahagian daripada keluarga.

Maine Coon patuh dan akan bertindak balas apabila anda panggil mereka. Mereka juga peramah dan suka menyambut tetamu. Baka ini penyabar dan mesra dengan kanak-kanak. Mereka tidak agresif dan bertolak ansur untuk diambil dan dipeluk. Walau bagaimanapun, mereka bukan kucing yang selalu dalam pangkuan kerana ia lebih suka bermain daripada dipegang.

Adakah Maine Coon Kucing yang Baik untuk Keluarga?

Ya, Maine Coon ialah kucing yang sangat manis. Mereka suka bermain, oleh sebab ini adalah rakan sepermainan yang sangat baik untuk kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan lain. Maine Coon setia kepada keluarga dan mempunyai ikatan yang istimewa dengan ahli rumah mereka.

Bolehkah Kucing Maine Coon Dibiarkan Bersendirian?

Walaupun Maine Coon biasanya tidak memerlukan perhatian yang berterusan, mereka menyukai interaksi dan temanan.

Maine Coon boleh dibiarkan begitu sahaja tetapi hanya untuk jangka masa yang singkat, iaitu tidak melebihi 8 hingga 12 jam. Membiarkan Maine Coon bersendirian untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan mereka mengalami tekanan dan juga kemurungan.

Mempunyai dua ekor kucing bersama biasanya akan memberikan temanan yang ideal untuk satu sama lain jika anda selalu berada jauh dari rumah selama berjam-jam. Juga, jadikan rumah anda persekitaran yang merangsang untuk memastikan kucing anda sibuk apabila anda tiada bersama.

Adakah Maine Coon Mudah Dilatih?

Maine Coon lebih mudah untuk dilatih berbanding dengan banyak baka kucing yang lain kerana kecerdasannya yang tinggi. Walaupun mereka cepat belajar, melatih mereka masih melibatkan masa, kesabaran dan ketekunan.

Walaupun latihan akan menjadi lebih mudah semasa kucing masih muda, ini tidak bermakna kucing dewasa tidak boleh dilatih. Dengan pengukuhan latihan yang positif, kucing tua pun boleh diajar pelbagai helah.

Diet untuk Kucing Maine Coon

MAINE COON

Semua kucing memerlukan nutrisi berikut dalam diet mereka: protein, lemak dan asid lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral, dan air.

Maine Coon besar dan bertenaga, jadi mereka memerlukan lebih banyak protein haiwan untuk menyokong gaya hidup mereka yang aktif.

Sesetengah jenama makanan kucing memasarkan diet khusus untuk kucing Maine Coon, tetapi penyelidikan mencadangkan bahawa diet ini tidak benar-benar membuat perbezaan yang ketara untuk kesihatan haiwan kesayangan anda.

Apabila memilih makanan Maine Coon, bahan yang paling penting ialah protein haiwan seperti ayam, daging dan ikan. Pastikan makanan kucing mengandungi sekurang-kurangnya 30% hingga 50% protein haiwan, jumlah lemak yang sederhana dan karbohidrat yang minimum, dengan vitamin dan mineral yang sesuai.

Selain itu, pastikan air bersih dan segar tersedia untuk kucing pada setiap masa.

Grooming Kucing Maine Coon

Maine Coon Grooming Malaisia

Bulu Maine Coons biasanya licin seperti sutera, tetapi untuk mengekalkan kecantikan ini, ia perlu disikat sekurang-kurangnya sekali seminggu. Walaupun mereka boleh membersihkan diri, anda disyorkan untuk merapikan bulu panjang mereka setiap 1-2 hari supaya ia tidak menjadi kusut. Walaupun mereka gugur sedikit, memberus bulu mereka dengan kerap akan membantu menghilangkan rambut yang longgar.

Grooming Maine Coon biasanya menyeronokkan kerana mereka sukakan perhatian dan boleh jadi suka dengan air. Mereka adalah salah satu baka kucing yang mungkin gemar berenang dan mandi dalam tab mandi.

Mandi ialah cara terbaik untuk memastikan bulu kucing anda bersih. Tetapi anda harus memastikan bahawa anda hanya memandikan Maine Coon anda sekali sebulan. Ia juga penting untuk anda menggunakan syampu kucing kerana syampu manusia mengandungi bahan kimia yang mungkin berbahaya kepada mereka.

Untuk memandikan kucing anda, hanya perlu isi tab mandi dengan air suam, syampu kucing dan bilas dengan berhati-hati. Ia penting untuk mengelakkan percikan air pada muka kucing. Sebaliknya, anda boleh menggunakan kain basah untuk membersihkan mukanya, tetapi berhati-hati agar tidak memasukkan sabun ke dalam telinga dan matanya.

Kerana bulu Maine Coon adalah kalis air, kucing anda mungkin tidak akan menjadi basah sepenuhnya seperti baka kucing lain. Walaupun begitu, anda masih perlu mengeringkan kucing dengan tuala sebanyak mungkin untuk mengeluarkan air yang berlebihan.

Membersihkan Bahagian Bawah Mereka

Kerana bulu Maine Coon panjang dan tebal, kadangkala najis boleh tersangkut pada bulu di bahagian bawah, yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan jangkitan.

Anda harus menggunakan lap yang selamat untuk kucing dan membersihkan bahagian bawah yang kotor secepat mungkin. Jika ini tidak berkesan, pemangkasan rambut atau mandi air suam mungkin diperlukan.

Memotong Kuku Mereka

Maine Coon mempunyai kuku yang panjang, melengkung dan bengkok yang bertujuan untuk memburu di alam liar. Walau bagaimanapun, ini mungkin menjadi isu kecil di rumah jika jari mereka terperangkap dengan sofa, pakaian, permaidani atau langsir.

Untuk mengelakkan diri anda daripada tercalar semasa bermain dan mengelakkan kerosakan pada barang-barang anda, ia adalah penting untuk memotong kuku Maine Coon anda menggunakan gunting kuku kucing yang betul.

Apabila menggunting kuku, pastikan kucing itu santai supaya anda tidak memotong daging kakinya secara tidak sengaja. Pada mulanya, ia mungkin mengambil lebih daripada satu sesi untuk memotong semua kuku Maine Coon anda, tetapi ini akan bertambah baik kemudian.

Pokok kucing dan tiang menggaru yang baik akan mengurangkan keperluan untuk penguntingan kuku yang kerap.

Membersihkan Telinga Mereka

Maine Coon mempunyai telinga yang cepat kotor dan berlilin, yang biasanya membawa kepada jangkitan. Oleh itu, ia adalah penting untuk membersihkan telinga mereka dengan betul untuk mengelakkan jangkitan. 

Untuk membersihkan telinga Maine Coon, titikkan larutan pembersih telinga terus ke dalam saluran telinga. Urut kawasan di bawah lubang telinga untuk melonggarkan kotoran dan lilin, dan kemudian lepaskan kucing. Ia kemungkinan besar akan menggelengkan kepalanya, yang akan mengeluarkan kotorannya. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membersihkan telinga luarnya dengan pad kapas.

Selepas pembersihan, jika telinga kucing masih mempunyai cairan yang berbau, maka anda harus membawa kucing itu ke doktor haiwan untuk pemeriksaan jangkitan. Rawatan antibiotik khas diperlukan untuk telinga yang dijangkiti.

Memberus Gigi Mereka

Ramai pemilik kucing tidak menyedari kepentingan menjaga kesihatan pergigian kucing mereka dengan betul. Untuk mengelakkan Maine Coon daripada mengalami kerosakan gigi, penyakit periodontal dan isu gusi dan gigi, ia adalah penting untuk menggosok giginya dengan kerap.

Sapukan ubat gigi kucing pada berus gigi kucing yang lembut. Baringkan kucing dan bagi ia menghidu serta menjilat berus gigi. Apabila ia sudah selesa dengan rutin ini, anda boleh cuba mengangkat bibirnya dan memberus giginya.

Anda harus memberus gigi kucing anda setiap hari atau sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Berapa Banyak Senaman Yang Diperlukan Oleh Maine Coon?

Memainkan Maine Coon

Maine Coons adalah kucing yang berotot dan atletik, dengan tahap tenaga yang tinggi. Mereka baka yang aktif, jadi kekurangan senaman boleh menyebabkan mereka menjadi gemuk dan terdedah kepada beberapa masalah kesihatan. Oleh itu, ia adalah penting untuk membuat Maine Coon anda bersenam setiap hari.

Walau bagaimanapun, jumlah senaman yang diperlukan oleh Maine Coon anda bergantung pada sama ada ia adalah kucing dalam rumah. Jika kucing anda biasanya menghabiskan sebahagian daripada harinya berlari-lari dan bermain di luar, ia tidak perlu menambah senaman lagi. Tetapi Maine Coon dalam rumah perlu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Bermain ialah kaedah yang paling disukai untuk membuat Maine Coon anda bersenam kerana mereka menikmati permainan. Sesetengah daripada mereka seronok bermain lempar tangkap "fetch", jadi biarkan mereka berlari dan melompat-lompat sehingga mereka berpuas hati.

Anda haruslah ingat bahawa kucing akan hilang minat terhadap mainan mereka dari masa ke masa, jadi i adalah idea yang baik untuk menyimpan mainan mereka dan hanya memberikannya kepada Maine Coon untuk bermain sekali-sekala.

Maine Coon adalah pemanjat yang sangat baik jadi anda harus membina pokok kucing atau istana kucing. Ketahui tahap keselesaan kucing anda dulu sebelum memasang sesuatu yang terlalu tinggi.

Sesetengah Maine Coon menikmati berjalan seperti anjing, tetapi anda perlu memastikan bahawa mereka membiasakan diri dengan tali. Sebelum membawa mereka berjalan-jalan jarak jauh, cuba jalankan mereka di sekitar rumah.

Masalah Kesihatan Umum Maine Coon

MAINE COON

Hampir semua baka pedigree terdedah kepada penyakit tertentu, termasuk Maine Coon. Walau bagaimanapun, kebanyakan penyakit ini adalah genetik dan boleh dicegah dengan pembiakan etika dan dikesan melalui ujian gen.

Hip Dysplasia

Maine Coon secara relatifnya saiz lebih besar daripada baka kucing lain, yang bermaksud bahawa mereka secara umumnya lebih berat. Ini mengakibatkan mereka terdedah kepada hip dysplasia, iaitu keadaan di mana sendi bola dan soket tidak sejajar.

Ia adalah kecacatan genetik yang boleh berlaku pada semua kucing Maine Coon, tidak kira umur mereka. Gejala biasa termasuk tanda-tanda sakit pinggul, mobiliti terhad, kehilangan otot paha, gaya berjalan yang melompat dan kaki tempang.

Kes kecil displasia pinggul boleh dirawat dengan terapi, manakala kes yang lebih teruk mungkin memerlukan pembedahan. Latihan fisioterapi boleh digunakan untuk menguatkan sendi dan otot.

Obesiti dan berat badan tambahan boleh memburukkan lagi keadaan, jadi kucing yang mengalami keadaan ini akan diletakkan pada diet pengurusan berat badan. Urutan yang kerap juga boleh membantu mengurangkan kesakitan.

Spinal Muscular Atrophy

Ini adalah satu lagi keadaan genetik yang biasa di kalangan Maine Coons. Ia adalah degenerasi neuron motor yang mengawal anggota badan yang menyebabkan kelemahan otot pada kucing.

Kucing Maine Coon mempunyai gen resesif yang membawa kepada spinal muscular atrophy, tetapi mereka mesti mendapatkan gen ini daripada kedua-dua ibu bapa untuk membangunkan keadaan ini.

Gejala biasa termasuk kelemahan otot, gegaran otot, gaya berjalan yang tidak teratur dan kehilangan otot di kaki belakang. Keadaan ini mula bermuncul apabila kucing berumur sekitar 3 hingga 4 bulan. Tetapi apabila penyakit tersebut semakin teruk, kucing itu mungkin kehilangan pergerakan sepenuhnya pada anggota belakangnya. Kerusi roda kucing disyorkan untuk membantu Maine Coon anda bergerak dengan mudah.

Walaupun spinal muscular atrophy tidak dapat disembuhkan, anda dinasihatkan untuk membawa kucing anda ke doktor haiwan sebaik sahaja anda mendapati gejala. Terdapat langkah-langkah tertentu untuk membantu kucing menjalani kehidupan yang sihat walaupun dengan keadaan tersebut.

Polycystic Kidney Disease (PKD)

Kucing Maine Coon boleh mewarisi penyakit buah pinggang polikistik, yang bermaksud mereka dilahirkan dengan cysts atau poket cecair, dalam buah pinggang mereka. Apabila kucing membesar, saiz cysts ini juga bertambah, dan ia merosakkan tisu buah pinggang, akhirnya mengakibatkan kegagalan buah pinggang yang kekal.

Gejala-gejala keadaan ini mula kelihatan apabila kucing berumur sekitar 8 hingga 11 tahun dan pada masa itu ia mungkin sudah terlambat. Beberapa gejalanya termasuk loya, muntah, lesu, hilang selera makan, penurunan berat badan, dan darah dalam air kencing.

Sebaik sahaja anda mengesyaki bahawa Maine Coon anda mempunyai PKD, rujuk kepada doktor haiwan anda untuk membincangkan pilihan rawatan, kerana ia boleh menyebabkan isu yang lebih serius seperti kegagalan jantung dan tekanan darah tinggi.

Feline Hypertrophic Cardiomyopathy (HCM)

Keadaan ini menyebabkan dinding otot jantung menjadi tebal, oleh itu menjadikannya kurang cekap mengepam. Ia biasanya dirujuk sebagai "pembunuh senyap", kerana ia sukar untuk didiagnosis. Ia biasanya terdapat dalam Maine Coon terutamanya kucing jantan dan dewasa. Oleh itu, ia penting untuk mengawasi kucing Maine Coon anda dengan teliti apabila ia semakin tua.

Gejala kardiomiopati hipertropik kucing termasuk denyutan jantung yang tidak normal, batuk, penurunan berat badan, kesukaran bernafas atau pernafasan cetek. Apabila keadaan bertambah buruk, ia boleh menyebabkan kegagalan jantung kongenital, pengumpulan cecair di sekeliling jantung dan paru-paru, dan bekuan darah yang mengakibatkan lumpuh.

Nota: Cattery atau breeder yang bereputasi seharusnya menyaring masalah kesihatan dalam Maine Coon anda, tetapi ia penting untuk menyaring kucing anda secara berkala sehingga dewasa. HCM dan beberapa isu kesihatan lain boleh tidak dapat dikesan sehingga kemudian dalam hayat kucing anda.

Adakah Semua Kucing Maine Coon Mempunyai Jumbai di Atas Telinga atau "Lynx Tips"?

Muda Maine Coon

Bukan semua Maine Coon akan mempunyai jumbai telinga atau lynx tips, walaupun ia agak biasa. Jadi, kekurangan lynx tips tidak membukti bahawa Maine Coon tersebut bukan warisan baka tulen.

Banyak anak kucing Maine Coon mula mengembangkan lynx tips ini pada telinga apabila mereka berumur dua minggu, tetapi ada yang tidak mengembangkan lyns tips sehingga mereka berumur dua tahun. Panjang dan isipadu lynx tips ini juga berbeza dalam setiap kucing.

Lynx tips ialah pucuk bulu panjang yang tumbuh dari hujung setiap telinga. Ia membantu menghalang kotoran daripada memasuki telinga dalam mereka. Lynx tips juga melindungi telinga mereka daripada salji, ais dan suhu sejuk. Walau bagaimanapun, Maine Coon tidak lagi perlu bertahan dalam suhu beku di luar kerana mereka kini tinggal dengan selesa di dalam rumah.

Adakah Kucing Maine Coon Hypoallergenic?

Maine Coon Kelabu

Walaupun Maine Coon adalah salah satu baka kucing popular di Malaysia, mereka bukan hypoallergenic. Hypoallergenic bermakna kucing anda kurang berkemungkinan akan menyebabkan anda mendapat reaksi alahan. Walaupun tiada kucing yang benar-benar bebas alahan, baka tertentu, seperti Kucing Bali dan Sphynx yang tidak berbulu, kurang berkemungkinan.

Ramai orang beranggapan bahawa kucing bulu yang menyebabkan alahan, tetapi ini tidak benar kerana tiga alergen kucing yang utama ialah air kencing, air liur, dan kulit mati (dander). Penyebab utama alahan ialah Fel D1, iaitu protein yang terdapat dalam air kencing, air liur dan kelenjar kucing.

Akibatnya, mereka menyebarkan Fel D1 pada badan sambil menjilat bulu untuk membersihkan diri. Mereka juga meninggalkan protein ini apabila mereka membuang air kecil.

Sesetengah baka kucing menghasilkan lebih kurang Fel D1 berbanding yang lain, tetapi Maine Coon tidak, jadi mereka boleh mencetuskan alahan. Sesiapa yang mempunyai sistem imun yang terlalu sensitif mungkin mengalami reaksi alahan apabila bersentuh dengan Maine Coon 

Asal Maine Coon

Kepercayaan yang paling meluas adalah bahawa Maine Coon berasal dari kucing asing berbulu panjang yang dibawa ke Amerika oleh penjelajah Amerika awal dari Maine. Kucing berbulu panjang ini dikawinkan dengan baka berbulu pendek tempatan untuk melahirkan satu-satunya baka kucing berbulu panjang yang berasal dari Amerika Syarikat.

Terdapat beberapa spekulasi tentang bagaimana baka itu mendapat namanya, "Maine Coon." Satu teori mengesan asal usul nenek moyang kucing kepada seorang kelasi bernama Charles Coon. Teori lain mengaitkan nama itu dengan ekor lebat mereka, yang menyerupai rakun.

Maine Coons merupakan pilihan popular dalam beberapa rancangan kucing abad ke-19. Dalam pertunjukan kucing Amerika Utara pertama yang diadakan di Madison Square, New York, Maine Coon wanita bernama Cosey memenangi anugerah kucing terbaik. Kolar perak yang diberikan kepada Cosey dibeli oleh Yayasan Persatuan Pencinta Kucing (CFA). Ia dipamerkan dengan bangga di ibu pejabat kerana ia adalah memorabilia penting apabila ia berkaitan dengan sejarah kucing.

Walau bagaimanapun, Maine Coon akhirnya dibayangi oleh baka eksotik lain. Menjelang 1950-an, baka itu mula menikmati kebangkitan semula dalam populariti. Tetapi sejak mereka dibiarkan berkembang secara semula jadi sehingga pertengahan abad ke-20, mereka menjadi lebih kuat dan sihat.

Maine Coon Anak Kucing Kecil

Patutkah Saya Dapatkan Kucing Maine Coon di Malaysia?

Nah, sekarang anda telah mempelajari semua asas tentang Maine Coon, semoga anda boleh membuat keputusan termaklum.

Maine Coon ialah kucing yang cantik dengan bulu panjang dan perangai yang manis. Mereka suka bergaul dan sangat jarang berlaku jahat kepada sesiapa. Jika anda sedang mencari satu teman jangka panjang, Maine Coon ialah pilihan yang bagus.

Ada sebarang soalan tentang Maine Coon?

Adakah anda mempunyai Maine Coon sebelum ini?

Beritahu kami dalam komen!

Sedang mencari makanan protein haiwan tinggi yang sihat untuk Maine Coon anda? Jom cuba Grace Cat?

Still feeding low-quality pet lick treat to your cats? It’s time to change!

Try out our gloow Creamy Pet LickThe first Algal Oil & Postbiotic Pet Lick in Malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *